AaraBookkeeping: Sistem Bookkeeping, Accounting, HR & Payroll Untuk Perniagaan, Masjid & NGO
Mengurus sebuah perniagaan atau organisasi bukan sekadar merekod wang masuk dan wang keluar.
Apabila operasi berkembang, kita mula berhadapan dengan rekod kewangan, pekerja, gaji, kehadiran, cuti, perbelanjaan, tugasan dan pelbagai dokumen yang perlu diurus dengan teratur.
Bagi perniagaan kecil, masjid, NGO dan organisasi yang mempunyai sumber manusia terhad, menggunakan terlalu banyak sistem berasingan juga boleh menjadi rumit dan meningkatkan kos.
Atas keperluan inilah AaraBookkeeping dibangunkan.
Apa Itu AaraBookkeeping?
AaraBookkeeping ialah sistem berasaskan cloud yang menggabungkan bookkeeping & accounting, financial reporting, HR, payroll dan pengurusan operasi dalam satu platform.
Ia direka supaya organisasi boleh mengurus rekod harian dengan lebih teratur tanpa perlu bergantung kepada terlalu banyak aplikasi yang berasingan.
Sistem boleh diakses secara online melalui komputer, laptop, tablet atau peranti yang mempunyai sambungan internet.
Bookkeeping & Accounting
AaraBookkeeping menggunakan prinsip double-entry accounting bagi membantu memastikan transaksi direkod dengan lebih sistematik.
Antara fungsi utama termasuk:
- Chart of Accounts
- Income & Expenses
- Transactions
- Journal Entries
- General Ledger
- Trial Balance
- Profit & Loss / Surplus & Deficit
- Balance Sheet
Bagi perniagaan, laporan seperti Profit & Loss membantu pemilik melihat prestasi operasi.
Bagi masjid dan NGO pula, konsep yang sama boleh digunakan untuk melihat lebihan atau kurangan (Surplus/Deficit) dana organisasi.
Prinsip perakaunannya sama — istilah dan cara laporan digunakan boleh disesuaikan mengikut jenis organisasi.
HR & Employee Management
AaraBookkeeping bukan sekadar sistem perakaunan.
Organisasi yang mempunyai pekerja juga boleh mengurus maklumat seperti:
- Departments
- Designations
- Employee Records
- Work Hours
- Attendance
- Holidays
- Leave
- Employee Expenses
- Awards
Ini membolehkan maklumat pekerja dan operasi disimpan dalam sistem yang sama dengan pengurusan kewangan.
Payroll
Modul Payroll membantu organisasi menyediakan dan mengurus rekod pembayaran pekerja secara lebih tersusun.
Maklumat pekerja, elaun dan potongan boleh digunakan dalam penyediaan payroll dan payslip.
Bagi organisasi seperti masjid, fungsi ini juga boleh membantu mengurus pembayaran berkaitan kakitangan atau petugas mengikut struktur yang ditetapkan oleh organisasi.
Task & Communication
Operasi organisasi juga melibatkan perkara yang tidak semestinya berkaitan dengan accounting.
AaraBookkeeping menyediakan fungsi untuk membantu pengurusan seperti:
- Task Management
- Notices
- Messages
- Roles & Permissions
Dengan Roles & Permissions, organisasi boleh menentukan akses setiap pengguna mengikut tanggungjawab masing-masing.
Contohnya, seseorang yang mengurus HR tidak semestinya perlu mempunyai akses penuh kepada semua fungsi accounting.
Siapa Yang Sesuai Menggunakan AaraBookkeeping?
AaraBookkeeping direka untuk kegunaan pelbagai jenis organisasi, antaranya:
Perniagaan kecil dan sederhana (PMKS) yang mahu mengurus bookkeeping, pekerja dan payroll dalam satu sistem.
Masjid dan surau yang memerlukan rekod penerimaan, pembayaran, dana, aset dan pengurusan petugas yang lebih teratur.
NGO dan persatuan yang perlu menyediakan rekod kewangan dan laporan kepada jawatankuasa, ahli atau pihak berkepentingan.
Organisasi kecil yang belum memerlukan sistem ERP yang kompleks tetapi mahu bergerak daripada rekod manual atau spreadsheet kepada sistem yang lebih tersusun.
Tidak Perlu Menjadi Akauntan Untuk Bermula
AaraBookkeeping dibangunkan dengan pendekatan praktikal.
Namun, menggunakan software tidak menggantikan keperluan memahami asas pengurusan kewangan dan perakaunan.
Sebab itu melalui AaraStories, kami juga menyediakan artikel dan panduan untuk membantu pengguna memahami perkara seperti Chart of Accounts, journal entry, Trial Balance, laporan kewangan dan amalan bookkeeping yang lebih baik.
Matlamatnya bukan sekadar menyediakan software.
Matlamat kami ialah membantu pengguna merekod dengan lebih teratur, memahami angka mereka dan membuat keputusan yang lebih baik.
Cuba AaraBookkeeping
Sebelum membuat keputusan, anda boleh melihat sendiri bagaimana AaraBookkeeping berfungsi.
Untuk Masjid & NGO
Explore Masjid & NGO Demo
Untuk PMKS & Perniagaan
Explore MSME & Business Demo
Atau kunjungi laman rasmi:
Simple Bookkeeping. Better Business Decisions.
Comments (0)